-----------------------------------------------------------------------------

-----------------------------------------------------------------------------
Untuk tidak menunggu lama, buat tempahan rekabentuk hari ini! Bila ada 3D, suami isteri dah tak bergaduh lagi!!
ARKITEK GRADUAN + BLOGGER + PENASIHAT KEDIAMAN + TRAINNER BENGKEL + DESIGNER + PERUNDING REKABENTUK + PENULIS BEBAS

WISHLIST TAHUN 2016 PENULIS

  • DAPAT DANA DAN PELABUR UNTUK PROJEK SURIRUMAH.COM
  • BERKUNJUNG KE RUMAH ALLAH
  • RANCANGAN REALITI TV SENDIRI UNTUK PROJEK BINA DAN HIAS
  • MEMBINA SYARIKAT PENERBITAN BUKU
  • BANTU 100 ORANG BUAT REKABENTUK
  • BANTU 100 ORANG BUAT BLOG
  • BANTU100 ORANG HIAS RUMAH
  • MELANCONG KE EUROPE BERSAMA KELUARGA
  • DIJEMPUT BERKONGSI PENGALAMAN DAN PERKHIDMATAN DI RANCANGAN TV LIVE
  • RUMAH CONTOH BLOG (SHOW UNIT) SIAP
  • BINA PASUKAN REKABENTUK SECARA ONLINE
  • DAPAT TAJAAN VIDEO KAMERA (PERCUMA)
  • 5 BUKU TERBIT DAN ADA DI RAK BUKU KEDAI BUKU TERKEMUKA DI MALAYSIA
  • 5 EBOOK PANDUAN BARU TERBIT UNTUK MANFAAT SEMUA

Daftar belajar kelas santai online 3d sketchup

Mahu bina jenama sendiri dari rumah? Klik pada poster ini

Mudah untuk dapatkan barangan kelengkapan rumah di LAZADA!! Saya pun KLIK di sini !!

Wednesday, 3 February 2016

Belajar buat 3D sketchup pelan rumah sendiri secara online

Assalammualaikum

Nak tak pandai buat 3D untuk kediaman sendiri?

Kenapa perlu buat 3D?

Macam ini,
bayangkan jika tiada lukisan secara 3 Dimensi.....
kita cerita begini, suami faham begitu
kita bagi tahu begini, kontraktor buat begitu
kita sampaikan begini, orang lain faham begitu

Tetapi bila ada lukisan 3D,
Semua orang boleh faham apa yang kita maksudkan.
Macam mana rupanya,
Macam mana warnanya
Macam mana layout nya
Macam mana susunannya
Macam mana suasananya
Macam mana ia kelihatan

Jadi tiada lah pergaduhan atau salah faham.

Lukisan 3D ini juga sangat bermanfaat kepada

Supplier
Pembuat Produk
Pengilang
Kontraktor
Guru-guru
dan sesiapa sahaja
Yang memerlukan lukisan untuk disampaikan maksudnya bagaimana rupanya pada pihak yang lain

Oleh itu, 
Jika berminat untuk belajar buat lukisan 3D,

JEMPUT SERTAI
KELAS ONLINE
(Belajar secara santai online tanpa had masa)
BELAJAR BUAT 3D SEKTCHUP 
(modul online disediakan, apabila hadapi masalah dan pertanyaan akan berkomunikasi dengan saya secara whatsapp atau email. Mudah saja. InsyaAllah)

Jika berminat,
Boleh buat pendaftaran di sini:





Wednesday, 20 January 2016

Siapa penulis Ebook Bina Rumah Islamik?

Siapa Khairunnisa Hamzahara?

Gambar: saat di temuramah oleh encik Fahrin Ahmad dalam satu rancangan baru di TV1 yang bakal disiarkan yang dinamakan INSPIRASI

Khairunnisa Hamzahara atau nama sebenarnya ialah Khairunnisa Binti Hamzah adalah gabungan nama diri penulis sendiri bersama kedua ibu bapanya iaitu Hj.Hamzah dan Hjh Zaharah.

Ketika memilih nama pena ini, penulis adalah tidak lain tidak bukan hanyalah hendak mengharumkan nama kedua ibupanya.

Sejak dari kecil penulis dibesarkan dalam suasana yang Islamik. Penulis dan adik beradik dihantar ke sekolah menengah agama di pinggiran kota untuk mendalami dan menghayati ilmu agama sedalam-dalamnya.

Hajat kedua ibu bapa adalah ingin menjadikan anak-anaknya sebagai pendokong agama.

Namun ada secebis jiwa kesenian di dalam diri penulis.

Pada pertengahan persekolahan, penulis telah memohon sekolah sains dan permohonan diterima selepas keputusan peperiksaan yang memerangsangkan.

Dari sekolah agama, penulis menukar sekolah ke aliran sains.

Ini sedikit sebanyak mengecewakan kedua ibu bapanya.

Di sekolah sains, penulis mengambil subjek Lukisan Kejuruteraan dan juga pendidikan seni yang akhirnya membuatkan penulis berjaya menempatkan diri di menara gading dalam aliran senibina (architecture) selepas ditemuduga.
Sepanjang sesi pembelajaran di menara gading, pelbagai cabaran dan rintangan yang dilaluinya.

Walaubagaimanapun penulis hanya memasang satu cita-cita.

Iaitu, ingin membina sesuatu yang boleh menaikan semula martabat agama melalui Ilmu yang dituntutnya di menara gading.

Selepas tamat pembelajaran di menara gading dengan jayanya, penulis di tawarkan bekerja di firma swasta dan kemudiannya di agensi kerajaan sebagai Arkitek Projek dan Arkitek Rekabentuk.

Pengalaman-pengalaman hebat yang ditimba dari projek yang diamanahkan menjadikan jiwa penulis semakin dekat kepada pencipta.

Malangnya projek-projek Mega tersebut jauh dari cara dan etika islamik yang sebenar.

Ia menjadikan tiada penghayatan agama dan tiada “roh” yang terhasil dalam pembinaan tersebut.

Pada tahun 2012 merupakan tahun di mana penulis telah membuat keputusan nekad untuk menamatkan perkhidmatannya di Agensi Kerajaan dan turun ke padang untuk membantu orang ramai merekabentuk sesuatu yang boleh mendatangkan makna dan “roh” dalam kehidupan seharian mereka.

Maka kemudiannya, lahir lah perkhidmatan Rekabentuk 3d Online di http://rekabentuk3donline.blogspot.com bagi mula menerima tempahan rekabentuk secara 3Dimensi dari mana-mana sahaja.

Dalam memberikan perkhidmatan rekabentuk ini, penulis akan menasihati pemilik kediaman untuk merekabentuk dan mewujudkan fungsi ruang mereka kepada cara islamik.

Bagi menyampaikan cara-cara terbaik dalam merekabentuk kediaman yang menggunakan cara Islamik sebagai pedoman, penulis juga aktif berkongsi tentangnya dengan cara menulis di majalah, suratkhabar, blog dan juga berkongsi di televisyen.

Blog penulis iaitu Blog Panduan Untuk Kediaman Idaman di www.khairunnisahamzahara.com merupakan satu-satunya blog rujukan tentang kediaman yang telah di akses oleh pihak media.

Sejak itu, penulis kerap kali di temuramah di majalah tempatan, di suratkhabar tempatan, dan juga di televisyen tempatan.

Kini, penulis adalah merupakan penulis bebas tentang kediaman di Blog, majalah, ebook dan suratkhabar. Penulis juga menjadi penasihat kediaman di rancangan TV dan menjadi perekabentuk kediaman secara alam maya.

Impian Penulis Hanyalah Satu Iaitu:
Meningkatkan Semula Martabat Agama Melalui Senibina Yang bermula dari rumah
Maka terbitlah :
EBOOK BINA RUMAH ISLAMIK





Sunday, 27 December 2015

REKABENTUK RUMAH SEBUAH KONSEP BUMBUNG TERENGGANU






REKABENTUK KEDIAMAN DI DESA (KONSEP BUMBUNG GANU) GAYA MODEN
Terima kasih pada Tuan Rumah  yang sudi membuat tempahan rekabentuk kediaman bersama Perkhidmatan Rekabentuk 3D Kediaman Online 
Konsep rekabentuk
Fasad moden
Bumbung Gaya Terangganu yang dihias dengan tunjuk langit
Penambahan ruang pada pelan asal
-tembok rahsia terbuka (open air) untuk menyidai pakaian
-wakaf untuk pelbagai aktiviti ukhuwah dan ibadah
-kolam ikan dan water elemen untuk sumber rezeki dan menyejukan kediaman
-balkoni di sebelah bilik tidur master untuk bebaskan pandangan dan pergerakan di bilik suami isteri
-anjung di pintu keluar di bahagian hujung bilik-bilik keluarga sebagai untuk ke luar bagi aktiviti kekeluargaan yang akan diwujudkan pada masa akana datang
(taman rahsia, kolam renang dan sebagainya)


Khairunnisa Hamzah
www.khairunnisahamzahara.com
senibina kehidupan di rumah
founder
Perkhidmatan Rekabentuk 3d Online
http://rekabentuk3donline.blogspot.my

Friday, 11 December 2015

MENCIPTA SUASANA & AKTIVITI UNTUK RUANG DI KEDIAMAN. BIJAK MERANCANG AGAR TIDAK MENYESAL DAN MEMBAZIR

 Teks: khairunnisa hamzahara


MENCIPTA SUASANA & AKTIVITI UNTUK RUANG DI KEDIAMAN.
BIJAK MERANCANG AGAR TIDAK MENYESAL DAN MEMBAZIR

PELAN ASAL SEBELUM DIREKABENTUK


Alhamdulillah, dari pagi tadi sehingga pagi ini saya dalam proses menghantar rekabentuk ruang-ruang untuk kediaman kepada tuan rumah ini. Rumah yang dibelinya 5 tahun dahulu tidak diduduki dari awal pembelian kerana tidak tahu bagaimana mahu di susun atur dan dihias. Katanya takut membazir duit jika buat sebarangan kerana dikhuatiri tidak cantik dan tidak praktikal. Saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan kerana melantik saya untuk reka kan setiap ruang dengan mood dan aktiviti ala resort dan santai untuk keluarga. Katanya keluarga besar sering datang berkunjung ke rumahnya.

~Buat rumah orang duk terbayang macam duduk rumah tu. buat macam rumah sendiri je masa design~
Khairunnisa Hamzah
senibina kehidupan di rumah
work at home mom
mummy home designer
http://rekabentuk3donline.blogspot.com www.khairunnisahamzhara.com

UNTUK BUAT TEMPAHAN REKABENTUK, BOLEH WHATSAPPKAN PELAN RUMAH KE PEREKA DI TALIAN WHATSAPP 0197720507

Wednesday, 9 December 2015

PRE ORDER EBOOK PROJEK HOMESTAY KINI DIBUKA TEMPAHAN 24 JAM SAHAJA

EBOOK PROJEK HOMESTAY 

https://rahsiabranding.aztetic.my/buy/projekhomestay


Assalammualaikum

Siapa ingat pada tahun 2014 saya dijemput oleh MHI , TV3 untuk berikan perkongsian tentang homestay?

Oleh kerana saban hari saya dihujani pertanyaan tentang cara setup dan bisnes homestay,

InsyaAllah 
Dengan kepakaran merekabentuk yang ada,
mempunyai pengalaman setup homestay-homestay keluarga sendiri,
berpengalaman dalam pemasaran online,
dan berkepakaran dalam penjenamaan,


Maka akan terbitlah di alam maya
Ebook Projek Homestay 


yang sudah lama saya tangguhkannya


Dengan ini saya buka 
Pre Order
EBOOK PROJEK HOMESTAY
pada pembaca di sini


Antara kandungan dalamnya adalah:

-perancangan
-rekabentuk
-pengurusan
-pemasaran
dan banyak lagi


Tempahan Pre order ini sangat membantu
menaikan semangat saya untuk menyiapkan
Ebook ini dengan jayanya dan padat berinformasi
bagi membantu mereka yang mahu setup homestay
sendiri dari A-Z


Pre Order ini saya hanya buka untuk
100 orang sahaja.


Ia telah diset pada sistem pembelian.
Selepas 100 pembelian ia akan kembali kepada harga asal


Usah berfikir lagi
Mungkin ini lah yang diperlukan selama ini 


makluman : 
tarikh mula diedar pada pembeli pada 15 Disember 2015

Maklumkan pada rakan-rakan!
Tempahan pre order boleh dibuat di sini: https://rahsiabranding.aztetic.my/buy/projekhomestay
Ia aktif dalam masa 24 jam sahaja
6.00 pm 9/12/2015
6.00 pm 10/12/2015
kemudian tawaran pre order ini ditutup


Khairunnisa Hamzah www.khairunnisahamzahara.com

Monday, 7 December 2015

JOM BINA JENAMA SENDIRI DARI RUMAH


nak berhenti kerja?
tapi nanti tak ada pendapatan?
kalau buat kerja dari rumah laku ke?
ada pelanggan ke?

jom bina jenama sendiri?
bagaimana?
klik sini

Friday, 4 December 2015

Rekabentuk sambung anjung kereta rumah dan taman tepi rumah

Teks: khairunnisa hamzahara

Syukur
Siap sudah
Anjung rumah encik mazlan
Katanya mahu konsep resort
Ordernya pada bumbung kereta sahaja
Tapi mummy buat feeling sangat
siap sampai design taman tepi rumah
bertuahnya
~mummy mood rajin~
share sikit 1-2 board design smile emoticon
www.khairunnisahamzahara.com
work at home mom
founder
Perkhidmatan rekabentuk 3d online
http://rekabentuk3donline.blogspot.my


CIRI-CIRI RUMAH ISLAMIK

Teks: khairunnisa hamzahara

Cara hidup Islam adalah cara hidup yang paling menenangkan jiwa manusia sejagat. Kembali kepada cara hidup Islam akan membawa kepada keselesaan & kebahagian jiwa seisi keluarga. Ia bukan sahaja akan mewujudkan aura yang positif malah menjadikan diri penghuni di dalamnya lebih produktif dan berkasih sayang.
Jom cipta suasana Islamik di rumah kita!

Salam Jumaat semua,

Jika ini bermanfaat, sudilah kongsikan bersama rakan-rakan

 
















Khairunnisa Hamzah www.khairunnisahgamzahara.com
senibina kehidupan di rumah
Founder
Perkhidmatan Rekabentuk 3D Online
http://rekabentuk3donline.blogspot.com

Wednesday, 2 December 2015

13 TIPS RUMAH CANTIK BERGAYA














untuk dapatkan design rumah yang menarik, praktikal dan memenuhi kehendak, boleh buat tempahan design di sini :
http://rekabentuk3donline.blogspot.my

Tuesday, 1 December 2015

Mesti tahu tentang insurans takaful MRTA / MRTT vs MLTA / MLTT sebelum mohon pinjaman perumahan untuk membeli rumah kediaman sendiri

Teks: khairunnisa hamzahara



Sekarang ramai yang sudah pun membeli rumah.Dan tak kurang juga yang sedang dalam proses membeli rumah. Bagi yang sedang berurusan membeli rumah,masih sempat untuk saya bertanya perkara ini:
Apakah perbezaan MRTA dengan MLTA?

Ini adalah 2 perkara penting untuk kita tahu sebelum kita membayar wang kita untuknya.

Hari ini saya ingin berkongsikan APA itu MRTA dan APA itu MLTA. Selepas membaca artikel ini, saya harap bakal pembeli rumah baru dapat membuat keputusan dengan sebijaknya. 

YANG BIASA DITAWARKAN OLEH PIHAK BANK SEMASA MEMBUAT PINJAMAN PERUMAHAN ADALAH:
MRTA (Mortgage Reduced Term Assurance)

Mortgage Reduced Term Assurance merupakan perlindungan insurans untuk Pinjaman Perumahan. Tujuan pembeli membeli polisi MRTA (ada yang tidak faham langsung tetapi hanya terus bersetuju) adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum di bayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Sekiranya berlaku kejadian seperti berikut, polisi MRTA yang dibeli oleh peminjam bersama-sama pinjaman perumahan yang dibuat sebelum itu dengan pihak bank akan membayar baki pinjaman yang tertunggak disebabkan masalah untuk membayar semula kerana peminjam telah mengalami kehilangan keupayaan untuk membayar.

Bagaimana untuk mengenal Polisi MRTA?



1. Bayaran polisi dibuat secara lump sum (sekali gus) di mana persetujuan dan pembayaran dibuat seawal menandatangani perjanjian dengan pihak bank (pihak bank sudah berurusan dengan pihak inusrans yang menawarkan polisi MRTA ini)(contoh amount RM3***-5*** atau lebih)

2. Biasanya pembayaran untuk polisi ini akan dimasukkan sekali didalam loan pinjaman perumahan yang dibuat sekiranya jumlah premium terlalu mahal (ini bagi membolehkan peminjam mebuat bayaran secara bulanan).

3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.(ada interest)


4. Tempoh perlindungan sama adalah seperti tempoh pinjaman.


5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.


6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takafulink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman.


7. Tiada nilai tunai.(No cash value)


8. PENAMA adalah BANK

Biasanya bagi mereka yang aktif dalam pelaburan hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali membuat pinjaman ,perlu memohon plan MRTA dan sekiranya ingin menjual semula hartanah tersebut, perlu batalkan MRTA tersebut. Dan seterusnya sekiranya ingin membeli hartanah lain, perlu mengambil sekali lagi MRTA yang lain. Dan sudah tentu pada masa itu umur pencarum telah meningkat dan menyebabkan premium lebih mahal. Jika mahal masih lagi boleh diusahakan, namun jika pencarum telah pun menghidap penyakit dan hilang keupayaan sehingga tiada lagi syarikat insurans/takaful yang mahu menerima untuk menjadi pencarum di syarikat insurans mereka, bagaimana pula ?Di saat ini, sudah tiada lagi peluang terbuka untuk mengambil polisi MRTA.

PILIHAN YANG ADA UNTUK MENGGANTIKAN MRTA ADALAH :
MLTA (Mortgage Level Term Assurance)

Ciri-Ciri Investment Link (MLTA)


1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh bank.



2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur kita 80 tahun yang mana lebih dahulu.



3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.



4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.


5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh investment link ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.

6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang agak penting seperti medical card, elaun hospital, elaun ICU, elaun pembedahan dan sebagainya.

7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.


8.PENAMA boleh kepada SESIAPA sahaja



Bagi tempoh masa yang panjang, cara ini lebih menjimatkan disebabkan kita tidak dikenakan interest atas premium sekiranya premium dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Selain dari itu, jumlah peruntukan premium untuk simpanan selepas tahun ke 7 dan seterusnya adalah 100%



Sekiranya hartanah anda adalah hanya untuk tujuan perlaburan, investment link sepatutnya menjadi pilihan anda kerana anda akan menjual hartanah tersebut dan membeli yang baru dan seterusnya anda tidak perlu membeli polisi insurans yang baru, walaubagaimanapun semuanya bergantung kepada apa yang anda kehendaki dan jumlah wang dalam poket anda.


PERBANDINGAN YANG BOLEH DIBUAT:
1. MLTA = flexi insurance, 
    MRTA = term insurance

2. PROTECTION (Perlindungan)
MLTA = protection, savings and/ or guarantee returns (cash value)
MRTA = reducing protection

3. PAYMENT (Pembayaran)
MLTA = Secara Berkala. Boleh bayar secara bulanan, tahunan atau setengah tahun 
MRTA = Bayaran sekaligus (lum sump) seara tunai ATAU secara dimasukkan sekali dalam pinjaman perumahan (dikenakan juga interest)

4. MLTA = tax dikecualikan hingga RM6000 setiap tahun
    MRTA = tiada pengecualian Cukai

5. MLTA = Ada Nilai pulangan Tunai(asset) 
    MRTA = Tiada pulangan nilai (expense)

6. TRANSFERABILITY :
MLTA = boleh dipindah ke aset yang lain dan boleh ditambah nilai perlindungan 
MRTA = tidak boleh dipindah, khas untuk hartanah tersebut sahaja 
(lapse when tend to refinance/ new purchase)*when buying new property/ refinancing, MRTA premium will be higher because of age*

7. MLTA = pampasan diterima apabila meninggal/tpd/dan penyakit kritikal + premium   
pelepasan premium tidak perlu bayar lagi pinjaman, insurans sambug bayarkan),
    MRTA = pampasan diterima apabila berlaku kematian and TPD sahaja

8. MLTA = level premium, 
    MRTA = higher premium if financed by bank as it is tied to BLR

9. Nomination :
MLTA = Beneficiary can be anyone (Pencarum adalah sesiapa sahaja)
MRTA = Beneficiary is Bank (Pencarum hanyalah pihak BANK)

SECARA KESIMPULAN, LIHAT GAMBARAJAH DI BAWAH


Saya harap dengan penjelasan yang dibuat dapat membantu mereka yang sedang dalam proses membeli hartanah dan bakal membeli. Anda ada hak untuk memilih. Tak perlu terus turunkan tandatangan dengan pihak bank. Jika masih samar dan belum jelas, boleh bertanya terus kepada saya. Saya juga boleh menguruskan urusan perlindungan mortgage MLTA ini A-Z apabila anda ingin membeli sebuah kediaman atau hartanah baru.

Hari ini saya masih membalas message satu persatu. Masing-masing submit harga loan rumah dan bertanyakan insurans loan rumah mltt mereka kena buat berapa. Siapa yang saya belum jawap, maklumkan semula ya. Saya sedang mengadap sistem masukan data untuk kiraan.

Oh ya, tak semua orang layak terima tanggungan insurans ni ya. Yang dah sakit atau dah berumur berpotensi untuk tidak diterima permohonan mltt nya. Makanya kena tanggung sendiri kewangan apabila meninggal dunia atau sakit kekal. Jika tak dapat bayar baki loan rumah,  bank tarik balik rumah. Adanya mltt atau mrta adalah untuk membolehkan peminjam settlekan baki loan rumah jika meninggal dunia. mltt dapat pampasan jumlah penuh loan. Waris boleh settlekan loan, baki boleh guna untuk teruskan hidup. Mrtt pula hanya baki loan dan terus di settlekan pada bank.

Yang buat mrtt dengan bank pula, jangan melopong bila kawan2 yang buat mltt dapat cash value 80%-100%lepas 20 tahun masih hidup sihat sedang kita habis bayar duit rumah dan mrtt tak dapat apa2. Burn saja total bayaran.

Saya tabik adik 26 tahun pm saya tadi. Bertuah usia muda buat mltt, dapat 100% cash value lepas umur 20 tahun akan datang. Sebab buat umur muda.

Ada juga sahabat yg minta saya kirakan total pampasan dan jumlah perlu dibayar jika loan nya rm 2 juta. Nasihat saya untuk loan rm500 ribu ke atas, baik segera buat mltt. Siapkan dana untuk musibah masa depan. Kalau guna mrta sayang sahaja jumlah insurans yg dibayar burn saja jika tiada musibah sehingga habis bayar loan. Jika mltt kita ada cash value (tabungan)

Oh ya. Mltt ini transferabble. Means kalau 2-3 tahun nanti nak beli properties lain dah tak payah nak apply insurans loan lagi. Boleh dipindah ke properties lain. Jadi tiadalah kemungkinan tiada insurans cover jika masa tu dah sakit atau cacat kekal.

Tak faham juga? boleh tanya saya.
Untuk submit application mltt saya cover area
Bangi-kl-melaka
(luar dari kawasan boleh juga by appointment dan request)

Oh ya, jika kita mohon pengecualian insurans MRTA/MRTT dari dimasukan dalam loan pinjaman perumahan kita yang dibuat oleh bank dengan syarikat insurans yang mereka telah bekerjasama, bank tidak akan benarkan kecuali kita sudah ada insurans MLTA/MLTT sendiri yang dibuat khas untuk pinjaman loan atas hartanah yang disebutkan dalam document loan tersebut. Oleh itu, peminjam, perlu buat sendiri dahulu MLTA/MLTT dengan agent insurans yang dilantik sendiri. Kemudian serahkan polisi MLTT/MLTA ini kepada pegawai bank yang handle pengurusan loan rumah tadi. Mereka akan simpan polisi ini sepanjang tempoh pinjaman kita dengan bank.

Saya di sini selaku agent insurans MLTT (takaful) bersama syarikat Prudential BSN Takaful. Jika ingin lantik saya sebagai agent insurans MLTT anda, sila :

Emailkan saya 
NAMA 
NO.IC
JENIS PEKERJAAN
MEROKOK : YA / TIDAK
BERKAHWIN ATAU BELUM
JUMLAH TANGGUNGAN
PERNAH WARDED DI HOSPITAL ATAU TIDAK?
ADA PENYAKIT KEKAL? 

bagi membuat semakan nilai perlu diabayar untuk polisi insurans MLTA/MLTT (takaful) yang ingin dipohon bagi tujuan secure kan kewangan untuk pinjaman tersebut.

Nota: Terlebih dahulu saya maklumkan bahawa untuk proses permohonan MLTT dengan saya, saya mengutamakan mereka yang di Bangi-Kuala Lumpur-Melaka. Namun bagi mereka yang berada di luar kawasan perlu lihat keadaan semasa terlebih dahulu.
 
Email saya: khairunnisahamzahara@gmail.com
Atau terus whatsapp ke : 0197720507 (message whatapps sahaja)

 
Gambar: kenangan saya di temuramah oleh fahrin ahmad yang bertanyakan tentang proses ubahsuai kediaman serta prosuder masuk rumah baru bagi rancangan tv akan datang iaitu INSPIRASI di tv1


Sekian dahulu dari saya, jazakallah

KHAIRUNNISA HAMZAHARA
{Senibina Kehidupan Di Rumah}
khairunnisahamzahara@gmail.com

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LIKE OFFIAL FB KHAIRUNNISA HAMZAHARA

LIKE PAGE REKABENTUK 3D

LIKE PAGE PENULIS BEBAS DAN USAHAWAN ONLINE

LIKE PAGE BELAJAR BLOG ONLINE

LIKE PAGE HOMESTAY PENULIS

LIKE PAGE BUTIK MUSLIMAH PENULIS

LIKE PAGE WAHM SAHM SOHO